Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid memohon maaf secara terbuka kepada anggota PDRM dan anggota tentera selepas membuat tohmahan kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat. FOTO Ihsan Facebook PPIM
Pengasas Hot Burger Malaysia, Mohd Asri Hamid memohon maaf secara terbuka kepada anggota PDRM dan anggota tentera selepas membuat tohmahan kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat. FOTO Ihsan Facebook PPIM
Ekhwan Haque Fazlul Haque


KENYATAAN mengaitkan anggota polis dan tentera tidak menjaga solat adalah penghinaan kepada penjawat awam.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Adnan Mat berkata, kenyataan itu sepatutnya tidak berlaku kerana turut menjatuhkan martabat Islam.

"Kenyataan dibuat bukan sahaja boleh menjejaskan nama baik perkhidmatan awam, polis dan tentera tetapi menjatuhkan martabat agama Islam itu sendiri.

"Kita perlu sedar bahawa pasukan keselamatan inilah yang sanggup berkorban siang malam dan bertarung nyawa mempertahankan keselamatan negara kita," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, Cuepacs ingin menyatakan rasa amat terkilan dengan penghinaan ini dan berharap perkara berkenaan tidak berulang.

Peniaga burger kontroversi, Mohd Asri Hamid, 42, atau Asri Janggut mencetuskan perdebatan hangat di media sosial apabila mendakwa kebanyakan polis dan tentera tidak menjaga solat.

Dakwaan itu yang dibuatnya itu tular di media sosial hingga mengundang kecaman daripada netizen.

Asri dalam video itu mendakwa kebanyakan yang menyertai polis dan tentera tidak menjaga solat.

Ramai netizen menyifatkan pemilik perniagaan Hot Burger Malaysia itu melakukan sangkaan buruk terhadap anggota pasukan keselamatan.

Malah ada netizen di Facebook (FB) yang mendedahkan rekod lampau Asri Janggut termasuk kes memukul isteri.

Berita berkaitan

Saya akui kebodohan, maafkan saya - Asri Janggut [METROTV]

Dakwaan Asri Janggut keterlaluan - KPN

Tuduh polis tak jaga solat, kertas siasatan terhadap Asri Janggut dibuka

Ulasan Asri Janggut polis tak solat cetus kontroversi [METROTV]

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 Ogos 2020 @ 3:28 PM