Raja Noraina Raja Rahim


PERLAWANAN Liga Malaysia (Liga M) dijadual berlangsung 26 Ogos ini.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini tiada sebarang perubahan mengenai keputusan itu.

"Ramai keliru sama ada Liga M diteruskan atau tidak. Kita sudah putuskan Liga M dibenarkan bermula 15 Ogos tetapi perlawanan dijadualkan bermula pada 26 Ogos.

"Jadi keputusan kita kekal cuma tarikh itu ditetapkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM)," katanya dalam sidang media harian di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata, perlawanan itu dibenarkan berlangsung tanpa kehadiran penonton.

Katanya, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan penganjur perlu memastikan semua garis panduan yang ditetapkan dipatuhi.

Perlawanan itu dibenarkan berlangsung tanpa kehadiran penonton. FOTO Iqmal Haqim Rosman
Perlawanan itu dibenarkan berlangsung tanpa kehadiran penonton. FOTO Iqmal Haqim Rosman

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 3:49 PM