MANGSA terbaring diberikan rawatan segera namun disahkan meninggal dunia. FOTO Ihsan Pembaca.
MANGSA terbaring diberikan rawatan segera namun disahkan meninggal dunia. FOTO Ihsan Pembaca.
Erika George


PENUNGGANG motosikal maut selepas dirempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di persimpangan masuk ke Kampung Assyakirin, Bintulu, hari ini.

Tudin Mokti, 60, meninggal dunia serta-merta kerana parah di badan dan patah kaki.

Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintendan Alexson Naga Chabu ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

Katanya, mangsa yang dalam perjalanan keluar dari simpang itu, tiba-tiba dirempuh MPV jenis Naza Citra yang menghala masuk.

"Rempuhan secara berhadapan menyebabkan mangsa jatuh, manakala pemandu MPV iaitu lelaki 34 tahun tidak cedera," katanya.

Menurutnya, mangsa dihantar ke Hospital Bintulu untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Ogos 2020 @ 4:13 PM