TENGKU Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. FOTO ihsan Facebook Tengku Anis Suraya
TENGKU Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah. FOTO ihsan Facebook Tengku Anis Suraya
BERNAMA

AYAHANDA Saudara Sultan Terengganu Tengku Sri Laksamana Raja Tengku Sulaiman ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah mangkat hari ini.

Menerusi kenyataan rasmi, Setiausaha Sulit kepada Sultan Mizan Zainal Abidin, Hadi Hassan berkata Almarhum Tengku Sulaiman mangkat kira-kira 10.15 pagi di Gleaneagles Hospital, Kuala Lumpur.

Jenazah diterbangkan dari Kuala Lumpur pada jam 4 petang dengan pesawat khas ke Kuala Terengganu.

Penghormatan terakhir dan istiadat pemakaman dijadualkan bermula jam 7 malam ini dengan keberangkatan Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah serta kerabat terdekat di Balai Islam, di sini.

Selepas itu, jenazah akan disembahyangkan serta dibawa ke Makam Diraja Masjid Abidin.

Beliau adalah bapa kepada penyanyi Anis Suraya dan Shawn Baharin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Ogos 2020 @ 6:01 PM