Ekhwan Haque Fazlul Haque


Kota Kinabalu: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan tertutup bersama kepimpinan tertinggi Perikatan Nasional (PN) dan Barisan Nasional (BN), hari ini.

Muhyiddin yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) merangkap Pengerusi PN tiba pada 10.30 pagi diiringi pemimpin kanan parti komponen PN dan BN.

Pertemuan tertutup itu berkaitan perjalanan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang akan bermula esok.

Antara pemimpin kanan parti politik yang hadir Presiden BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Timbalan Pengerusi PN yang juga Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) Sabah, Datuk Dr Jeffrey Kitingan; Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

MUHYIDDIN pada Perjumpaan bersama Pimpinan Parti Sabah. FOTO Aswadi Alias
MUHYIDDIN pada Perjumpaan bersama Pimpinan Parti Sabah. FOTO Aswadi Alias

Turut hadir, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Seri Yong Teck Lee; Pengerusi Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor, Pengerusi MCA Sabah, Lu Yen Tung, Timbalan Presiden Parti Bersatu Sabah, Datuk Seri Radin Malih dan Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Arthur Kurup.

Pada sebelah petang, Muhyiddin dijangka menghadiri beberapa lagi program antaranya Majlis Perjumpaan bersama warga institusi pengajian tinggi awam (IPTA) Sabah serta Penyampaian Tawaran Program Dermasiswa My Brighter Futere (MyBF) Yayasan Tenaga Nasional bertempat di Dewan Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Muhyiddin juga akan menghadiri Ramah Mesra bersama Penduduk Setempat bertempat di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Keramat, Putatan.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 11 September 2020 @ 11:04 AM