FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Zuliaty Zulkiffli


Alor Setar: Dua lelaki warga Rohingya ditahan kerana didapati ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran, semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor berkata, kedua-dua lelaki berusia 30-an itu ditahan ketika menunggang basikal di Jalan Gunung Keriang, di sini, pada 5 petang.

"Siasatan dibuat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan dan Peraturan (No 7) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) 2020," katanya.

PKPD Secara Pentadbiran di Kota Setar yang bermula sejak Jumaat lalu hingga 25 September ini membabitkan seramai 366,787 penduduk di 28 mukim.

Berikutan itu, penduduk di kawasan PKPD tidak dibenarkan keluar masuk tanpa surat kebenaran polis.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2020 @ 8:45 PM