KDN tidak pernah mengeluarkan perakuan pelantikan mana-mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing. FOTO Facebook KDN
KDN tidak pernah mengeluarkan perakuan pelantikan mana-mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing. FOTO Facebook KDN
Bernama)

Putrajaya: Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menegaskan ia tidak pernah mengeluarkan perakuan pelantikan mana-mana syarikat bagi menguruskan pekerja asing.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya mengesan penyebaran perakuan palsu mengenai pelantikan syarikat pengurusan pekerja asing di seluruh Malaysia menggunakan nama Ketua Setiausaha KDN Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz @ Yazid.

"Ingin ditegaskan bahawa maklumat ini adalah palsu," kata KDN.

Menurut kenyataan itu, KDN juga telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan selain menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang pembayaran kepada mana-mana pihak yang mendakwa menguruskan pendaftaran atau program melibatkan warga asing.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 17 September 2020 @ 11:26 AM