FOTO HIASAN.
FOTO HIASAN.
Sri Ayu Kartika Amri


Kuala Lumpur: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 masing-masing turun tiga sen bermula tengah malam ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataannya hari ini memaklumkan harga RON97 turun daripada RM1.96 seliter kepada RM1.93 seliter.

Bagi RON95, harga turun daripada RM1.66 seliter kepada RM1.63 seliter.

Harga runcit diesel juga turun sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM1.72 seliter kepada RM1.67 seliter.

"Penurunan ini berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM).

"Harga runcit produk petroleum ini bagi tempoh 19 sehingga 25 September 2020," katanya.

Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 5:05 PM