Sanusi Md Nor (dua kanan) menyerahkan sumbangan RM125,800 kepada Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim untuk disalurkan kepada 629 keluarga. Foto Ihsan /Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)
Sanusi Md Nor (dua kanan) menyerahkan sumbangan RM125,800 kepada Pegawai Daerah Kuala Muda, Abdullah Hashim untuk disalurkan kepada 629 keluarga. Foto Ihsan /Urus Setia Penerangan Darul Aman (UPDA)
Noorazura Abdul Rahman


Sungai Petani: Sebanyak 629 keluarga di Zon Melor di Amanjaya menerima bantuan RM200 setiap keluarga daripada Pejabat Menteri Besar hari ini.

Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, bantuan itu bagi mengatasi pelbagai masalah dihadapi penduduk zon berkenaan selepas Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran di kawasan itu dilanjutkan sehingga 27 September ini.

"Sumbangan keseluruhan berjumlah RM125,800 ini saya serah secara peribadi kepada Pegawai Daerah Kuala Muda Abdullah Hashim di Balai Polis Komuniti Ambangan Heights hari ini.

"Agihan sumbangan ini akan dilaksanakan oleh petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA)," katanya pada kenyataan.

Rabu lalu, Muhammad Sanusi berkata, kerajaan negeri akan turut mencari jalan penyelesaian berkaitan rungutan penduduk di Zon Melor di Amanjaya yang kehabisan wang tunai berikutan tidak dapat keluar ke kawasan yang mempunyai mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

PKPD Secara Pentadbiran di Zon Melor, Mawar dan Kenanga di Amanjaya dikuatkuasakan pada 28 Ogos lalu dan tamat pada 13 September.

Bagaimanapun, PKPD Secara Pentadbiran bagi Zon Melor disambung bermula 14 hingga 27 September susulan 12 kes positif Covid-19 pada saringan kali kedua.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 September 2020 @ 6:19 PM