Hazsyah Abdul Rahman

Sandakan: Jawatankuasa Kabinet akan membincangkan isu keselamatan dan kesihatan di Sabah menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Selasa ini.

Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu itu akan diketengahkan pada mesyuarat mingguan Covid-19.

Katanya, susulan peningkatan kes penularan di Sabah menjelang PRN, isu keselamatan dan kesihatan itu dibincangkan dengan pihak kesihatan dan polis.

"Selasa ini kita bincang salah satunya mungkin dari segi keselamatan di Sabah berkaitan Covid-19," katanya dalam sidang media selepas mengadakan Ziarah Kasih di kawasan Sekong di sini, hari ini.

MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO MALAI ROSMAH TUAH
MENTERI Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. FOTO MALAI ROSMAH TUAH

Mengulas berkaitan laporan seorang Majlis Tertinggi (MT) UMNO positif Covid-19 ketika berkempen di Sipitang, beliau berkata belum menerima laporan rasmi.

Namun katanya, jika didapati positif individu berkenaan perlu dikuarantin di Sabah sehingga pulih sepenuhnya.

"Saya pun belum dapat laporan lagi tentang ada MT yang positif...kalau positif maka MT perlu dirawat di Sabah ni sehingga beliau benar-benar negatif untuk pulang ke Semenanjung...

"Jadi kepada yang lain, sebab tu saya sentiasa pesan patuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dikeluarkan kerajaan," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


    Lagi berita berkaitan PRN Sabah

  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 4:04 PM