Anggota bomba mengeluarkan ular sawa yang ditemui dalam pam petrol di stesen minyak di Taman Melati, Kuala Lumpur hari ini. Foto Ihsan JBPM
Anggota bomba mengeluarkan ular sawa yang ditemui dalam pam petrol di stesen minyak di Taman Melati, Kuala Lumpur hari ini. Foto Ihsan JBPM
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Ular sawa sepanjang lebih dua meter ditangkap anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam kejadian di sebuah stesen minyak di Taman Melati di sini, hari ini.

Reptilia itu ditemui dalam satu pam petrol sebelum pekerja stesen minyak berkenaan menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju.

Komander Operasi Zulkiflee Abdul Kadir berkata, pihaknya menerima panggilan pada 12.37 tengah hari dan sebuah jentera dengan kekuatan lapan anggota bergegas ke lokasi.

"Pemeriksaan mendapati ada ular sawa sepanjang 2.4 meter dalam pam petrol sebelum operasi menangkapnya dilakukan.

"Anggota berjaya menangkap dan mengeluarkan ular itu pada 12.44 tengah hari," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tiada mangsa yang terbabit dalam kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 September 2020 @ 7:17 PM