Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Bekas Menteri Besar Terengganu, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad, 88, meninggal dunia pagi ini ketika menerima rawatan di di Pusat Perubatan Prince Court, di sini, pagi ini.

Anaknya, bekas Ahli Dewan Undangan negeri (Adun) Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, arwah bapanya menghembus nafas terakhir jam 6.20 pagi ini.

"Mohon doakan keampunan Allah pada arwah, dipermudahkan perjalanan di alam barzakh dan mendapat ganjaran syurga di akhirat nanti.

"Mohon maafkan segala dosa-dosa arwah, halalkan makan minum dan tuntutlah pada keluarga sekiranya ada hutang dengan tuan-tuan dan puan-puan," katanya kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Wan Abdul Hakim berkata, jenazah arwah bapanya akan disembahyangkan di Masjid Bukit Jelutong selepas solat Zohor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, Shah Alam.

Allahyarham yang meninggalkan lima anak adalah Menteri Besar Terengganu paling lama berkhidmat dari 1974 hingga 1999.

WAN Mokhtar. FOTO Arkib NSTP
WAN Mokhtar. FOTO Arkib NSTP

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 8:57 AM