MANGSA terkena renjatan elektrik ketika ingin menghidup suis dengan memakai sarung tangan yang basah di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh. FOTO IHSAN BOMBA
MANGSA terkena renjatan elektrik ketika ingin menghidup suis dengan memakai sarung tangan yang basah di Kampung Desa Aman, Sungai Buloh. FOTO IHSAN BOMBA
Muhaamad Hafis Nawawi


Sungai Buloh: Seorang lelaki nyaris maut apabila terkena renjatan elektrik ketika ingin menghidup suis dengan memakai sarung tangan basah di atas bumbung bengkel di Kampung Desa Aman, di sini, hari ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 11.48 pagi dan tiba di lokasi kejadian 12.01 tengah hari.

Menurutnya, tiga pegawai dan lima anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Buloh dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Kejadian membabitkan lelaki berusia 24 tahun yang terkena renjatan elektrik ketika sedang melakukan kerja pembaikan di atas bumbung sebuah bengkel.

"Bomba kemudian membawa turun mangsa yang dalam keadaan lemah sebelum dihantar ke Hospital Sungai Buloh menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)," katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 September 2020 @ 2:53 PM