DR Noor Hisham ketika sidang media harian Covid-19 hari ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah
DR Noor Hisham ketika sidang media harian Covid-19 hari ini. FOTO Mohd Fadli Hamzah
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersiap sedia menghadapi kemungkinan peningkatan kes penularan Covid-19 di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, antara langkah diambil adalah penyediaan katil tambahan di hospital dan mempersiapkan beberapa lokasi sebagai pusat kuarantin.

Menurutnya, sebanyak 251 katil ditempatkan di Hospital Lahad Datu manakala Hospital Tawau (401) dan Hospital Kunak (40).

Selain itu, katanya, Tawau mempunyai satu lokasi yang dijadikan pusat kuarantin iaitu Institut Perguruan Tawau yang menempatkan 720 katil, Palm Inn Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Lahad Datu (118), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) (160) dan Felda Sahabat (76).

"Di Kunak pula, 15 katil di Asrama Rumah Anak-Anak Yatim, Rumah Kerajaan Negeri (12) dan Asrama Sekolah Menengah Agama Kunak (100).

"Manakala Semporna di Program Perumahan Rakyat (PPR) Ria yang mampu menempatkan 180 katil," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 6:31 PM