Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah melahirkan kebimbangan kemasukan pendatang asing tanpa izin (Pati) yang mungkin membawa wabak Covid-19.

Menurutnya, ini berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesan kewujudan kluster baharu dari semasa ke semasa yang dipercayai daripada golongan itu seperti berlaku di Sabah.

"Sebagai contoh dua kes indeks (membabitkan Pati) Kluster Benteng LD yang kita dapati positif dan menjangkiti individu lain di lokap Lahad Datu serta Penjara Tawau.

"Justeru kita bekerjasama dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memperketatkan kawalan sempadan serta sekatan jalan raya," katanya.

TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO Arkib NSTP
TAN Sri Dr Noor Hisham Abdullah. FOTO Arkib NSTP

Beliau berkata demikian pada sidang media Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini Malaysia mempunyai sebanyak 103 kluster Covid-19 dengan 98 daripadanya sudah tamat dan hanya 15 masih aktif.

Katanya, aktiviti pengesanan aktif dan kesihatan awam akan dijalankan di lapangan untuk mengawal penularan wabak itu.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 22 September 2020 @ 7:38 PM