LIM Guan ENG. FOTO arkib NSTP
LIM Guan ENG. FOTO arkib NSTP
Audrey Dermawan


Georgetown: DAP mengesahkan kesemua Ahli Parlimen parti itu menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri jika beliau mempunyai jumlah sokongan bagi menubuhkan kerajaan baharu.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu mengambil maklum pengumuman Anwar yang mendakwa mempunyai majoriti 'kukuh dan meyakinkan' untuk menggantikan kerajaan Perikatan Nasional.

"Seperti diputuskan Majlis Presiden Pakatan Harapan, kesemua 42 Ahli Parlimen DAP menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri jika beliau memperoleh sokongan yang diperlukan untuk membentuk kerajaan," katanya.

Berita berkaitan:

  • PM tenang saja
  • 'Kerajaan tidak tumbang dengan hanya isytihar sahaja'
  • Amanah sokong Anwar
  • 'Saya dapat sokongan hampir dua pertiga Ahli Parlimen' - Anwar
  • Anwar umum dapat sokongan kukuh bentuk kerajaan baharu
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 September 2020 @ 3:24 PM