ROSLAN. FOTO Arkib NSTP
ROSLAN. FOTO Arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Bangi: Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) memohon pertimbangan kerajaan supaya dapat menambah lagi penjawatan bagi mengisi kekosongan kakitangan dalam agensi itu.

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab berkata, ketika ini penjawatan APM seramai 1,265 keseluruhannya, mencecah 61 peratus.

Menurutnya, bilangan ini masih kecil dan pihaknya sedang berbincang dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Jabatan Perdana Menteri (JPM) bagi menyokong serta dapat menambah 104 lagi penjawatan.

"Bajet sudah ada jadi mohon dipertimbangkan menerima permohonan itu.

"Selain itu pusat latihan APM Wilayah Selatan juga akan beroperasi bulan depan dan masih tiada penjawatan," katanya pada sidang media Majlis Anugerah Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) dan Sanjungan Budi Lambaian Kasih APM di sebuah hotel di sini, malam tadi.

Roslan berkata, pada masa ini, pihaknya sedang mengenal pasti pegawai dari negeri dan daerah untuk ditempatkan di situ.

"Kita perlu hantar orang ke sana dan menggunakan pusat latihan itu bagi mengenal pasti jika ada kerosakan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 24 September 2020 @ 1:06 AM