GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
Muhammad Zulsyamini Sufian Suri


Taiping: Polis Taiping masih menyiasat dakwaan seorang anggota polis yang didakwa mencabul kehormatan dua pelajar wanita sebuah kolej di satu lokasi di bandar ini, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, pihaknya mengesahkan ada menerima laporan yang dibuat oleh seorang daripada mangsa yang mendakwa dicabul anggota polis berkenaan.

"Untuk makluman pihak polis ada menerima laporan berkenaan kejadian anggota polis mencabul kehormatan dua penuntut kolej di mana mangsa mendakwa dicabul anggota terbabit di suatu kawasan sunyi.

"(Bagaimanapun) siasatan lanjut masih diteruskan," katanya ketika dihubungi melalui WhatsApp malam tadi.

Maklumat berhubung kes itu tular di aplikasi WhatsApp antara lain mendakwa mangsa berusia 18 dan 19 tahun.

Suspek pula dikatakan berusia 29 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 8:38 AM