Yun Mikail


Kota Kinabalu: Cuaca seluruh negeri diramalkan baik sepanjang hari ini membolehkan orang ramai keluar menjalankan tanggungjawab mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ramai pengundi dijangka mengambil peluang menunaikan kewajipan pada waktu pagi berikutan keadaan cuaca di Sabah yang tidak menentu beberapa hari ini.

Mula dibuka pada 7.30 pagi, sebanyak 741 pusat mengundi membabitkan 2,540 saluran.

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menjangkakan sebanyak 70 hingga 75 peratus pengundi bakal turun mengundi sepanjang hari pengundian.

Sebanyak 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan dengan seramai 476 calon bertanding.

Suasana orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengundi pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di SK Sugud, Penampang. FOTO MALAI ROSMAH TUAH
Suasana orang ramai beratur menunggu giliran untuk mengundi pada hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di SK Sugud, Penampang. FOTO MALAI ROSMAH TUAH

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 8:44 AM