Rafiqah Dahali


Membakut: Salah seorang pengundi wanita di pusat mengundi SK Kg Brunei, di sini, pengsan ketika sedang menunggu giliran untuk mengundi, di sini.

Wanita berusia kira-kira 50-an itu diusung oleh beberapa orang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum diperiksa lebih lanjut oleh dua orang petugas kesihatan.

Tinjauan mendapati pengundi terbabit telah menunjukkan simptom pening sejak tiba di pusat mengundi tadi kira-kira 8.30 pagi.

Namun kira-kira jam 9 pagi, wanita terbabit rebah dan kemudian beliau dibantu petugas SPR berdekatan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 9:22 AM