Agatha Disimon, 86, menaiki kerusi roda ketika keluar mengundi pada PRN Sabah, hari ini. FOTO Olivia Miwil
Agatha Disimon, 86, menaiki kerusi roda ketika keluar mengundi pada PRN Sabah, hari ini. FOTO Olivia Miwil
Olivia Miwil


Penampang: Seorang wanita berusia 80 tahun antara yang bersemangat menunaikan kewajipan untuk mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, hari ini.

Agatha Disimon, 86, datang dengan berkerusi roda di pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Yue Min di sini, jam 8 pagi.

"Saya tidak ingat berapa banyak kali saya mengundi (pada pilihan raya lain), tetapi setiap kali ada pilihan raya saya tidak lepaskan peluang untuk menunaikan hak saya untuk mengundi." katanya yang berasal dari Kampung Monsid dekat sini.

Sementara itu, penyandang kerusi DUN Kapayan, Jannie Lasimbang tiba di pusat mengundi untuk mengundi pada 8.20 pagi.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 10:03 AM