DATUK Patinggi Abang Johari Abang Openg. FOTO Mohd Roji Kawi
DATUK Patinggi Abang Johari Abang Openg. FOTO Mohd Roji Kawi
Mohd Roji Kawi


Betong: Sarawak bersedia mengambil alih ladang kelapa sawit TH Plantation Berhad di negeri ini.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg berkata, ketika ini rundingan sedang dijalankan dengan TH Plantation Berhad berhubung tawaran pengambilalihan itu.

Beliau berkata, proses pengambilalihan ladang TH Plantation Berhad, anak syarikat Tabung Haji itu dijangka selesai dalam tempoh tiga bulan.

"Kita berhasrat mengambil alih ladang milik Tabung Haji itu membantu pekebun kecil kita di ladang itu.

"Ekuiti dari pengambilalihan itu nanti akan memberi faedah rakyat Sarawak," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Khas Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Betong, di Dewan Stephen Kalong Ningkan, di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, dengan pengambilalihan itu, kerajaan negeri akan mengembangkan sektor perladangan selaras dengan rancangan untuk menjadikan Sarawak pengeluar utama hasil pertanian dan komoditi negara.

Selain itu, Abang Johari turut memberi jaminan bahawa kerajaan negeri akan terus membantu nelayan di negeri ini dengan RM20 juta peruntukkan disediakan untuk tujuan itu tahun ini.

Katanya, kerajaan negeri turut menyalurkan RM17 juta kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membantu wanita khususnya ibu-ibu di negeri ini yang tidak mempunyai sumber pendapatan

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 September 2020 @ 5:00 PM