TAN Sri Dr Noor Hisham. FOTO arkib NSTP
TAN Sri Dr Noor Hisham. FOTO arkib NSTP
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Walaupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya tidak menggunakan tangan atau bahagian lain untuk mengimbas suhu namun masih ada segelintir pihak yang dikesan terus berbuat demikian.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bacaan suhu paling tepat apabila pengimbas suhu diletakkan pada dahi seperti disyorkan penggunaannya.

Menurutnya, tindakan segelintir masyarakat menggunakan bahagian lain tubuh badan untuk mengimbas suhu tidak digalakkan kerana bacaan suhu itu tidak tepat.

"Kita tidak nafi wujud kebimbangan orang ramai sekiranya terdapat kesan sampingan kepada kesihatan jika pengimbas suhu sering digunakan pada dahi namun setakat ini tiada lagi bukti saintifik mengenai dakwaan itu.

"Penggunaan pengimbas suhu pada bahagian lain tubuh selain dahi adalah diragui bacaannya dan sehubungan itu orang ramai dinasihatkan untuk tidak menggunakannya di tangan atau bahagian lain," katanya kepada Harian Metro.

Dr Noor Hisham berkata, setakat ini tiada bukti saintifik yang boleh mengaitkan dakwaan penggunaan pengimbas suhu boleh menyebabkan penyakit lain dan bacaan suhu paling tepat adalah di dahi.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 3:31 PM