GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau dan Kuarters Penjara Taman Ehsan Tawau, Sabah dilanjutkan 14 hari lagi bermula semalam.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan PKPD di kedua-dua kawasan bermula 11 hingga 25 September lalu.

"Dalam tempoh itu (PKPD), kadar kes baharu di kawasan berkenaan adalah dua angka sehari manakala pada 23 September lalu, sebanyak 107 kes baharu dilaporkan.

"Mengambil kira penilaian risiko terhadap penularan wabak ini, kerajaan bersetuju melanjutkan PKPD di kawasan ini 14 hari lagi bermula 26 September sehingga 9 Oktober ini," katanya dalam kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 September 2020 @ 5:15 PM