POCO X3 NFC pasti dinanti-dinanti pemain tegar permainan mudah alih. - FOTO ihsan GSMArena
POCO X3 NFC pasti dinanti-dinanti pemain tegar permainan mudah alih. - FOTO ihsan GSMArena
Muhamad Shaifullah Tayep

SYARIKAT teknologi global, Xiaomi sekali lagi menggegarkan pasaran telefon pintar dengan pelancaran POCO X3 NFC, baru-baru ini.

Dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 732G dan paparan 120Hz, POCO X3 NFC adalah model telefon pintar terbaik untuk permainan mudah alih kelas pertengahan di Malaysia.

Pemain permainan mudah alih pasti teruja dengan spesifikasi ditawarkan POCO X3 NFC yang memberikan pengalaman bermain permainan mudah alih seakan peranti mercu dengan penggunaan bateri yang lebih baik.

FOTO POCO

Ia hadir dengan bateri berkapasiti 5160 mAh dan kuasa pengecasan pantas 33W yang boleh memberikan caj penuh dalam masa hanya 65 minit dan menaikkan kuasa bateri sehingga 65 peratus hanya dalam masa 30 minit.

Tiada gangguan paparan

FOTO Nasi Lemak Tech

Dilengkapi paparan 6.67 inci dengan kadar segar semula 120Hz, POCO X3 NFC memberikan pengalaman memandang skrin lebih lancar berbanding sebelum ini. 

Kadar pensampelan sentuhan 240Hz pada POCO X3 NFC juga memberikan kawalan ketepatan sentuhan terbaik bagi memastikan setiap gerakan seiring pergerakan permainan tanpa ada gangguan.

POCO X3 NFC dilengkapi dwi pembesar suara stereo dan 3.5 milimeter (mm) bicu audio yang memberikan pengalaman mendengar audio lebih jelas ketika bermain permainan mudah alih.

Harga istimewa

FOTO Nasi Lemak Tech

Selain itu, POCO X3 NFC turut memberikan pengalaman mengambil gambar dan merakam video paling lancar dengan kamera 64 megapiksel (MP) AI Quad dan kamera utama Sony IMX682 yang mampu merakam zoom Smooth Video, rakaman video 4K serta mod vlog seperti AI Skyscaping 3.0.

Hadir dalam dua warna menarik, Shadow Grey dan Cobalt Blue, POCO X3 NFC diberi sentuhan rekaan simetri, belakang melengkung 3D dengan logo ikon POCO bagi menyerlahkan personaliti pemain permainan mudah alih tegar. 

POCO X3 NFC boleh dibeli pada harga RM899 untuk versi 6GB+64GB dan RM1,099 untuk versi 6GB+128GB.

Namun, anda boleh dapatkan harga istimewa iaitu RM799 untuk versi 6GB+64GB, manakala RM949 untuk versi 6GB+128GB hanya pada 29 September ini di Lazada.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 9:09 AM