KAWALAN polis di pintu masuk Istana Negeri, hari ini. FOTO Yun Mikail.
KAWALAN polis di pintu masuk Istana Negeri, hari ini. FOTO Yun Mikail.
Yun Mikail


Kota Kinabalu: Majlis Angkat Sumpah Ketua Menteri (KM) Sabah bakal berlangsung di Istana Negeri pada 10.30 pagi, esok.

Ia berdasarkan makluman pihak istana kepada Bahagian Media dan Komunikasi Korporat, Jabatan Penerangan Negeri Sabah, sebentar tadi.

Bagaimanapun, setakat 10 pagi ini pengamal media masih menunggu di hadapan masuk istana bagi memantau sebarang perkembangan daripada semasa ke semasa.

Terdahulu, tinjauan mendapati tiada sebarang pergerakan masuk kenderaan yang membawa rombongan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) sejak pagi dan pintu utama masih dikawal ketat Polis Diraja Malaysia.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 10:28 AM