GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Kuala Lumpur: Operasi pejabat Tabung Haji (TH) Lahad Datu, Sabah ditangguhkan bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan, demikian menurut TH.

TH menerusi satu hantaran dalam Facebook memaklumkan, penangguhan operasi dibuat susulan proses saringan kesihatan terhadap semua petugas di situ.

Sementara itu, waktu operasi pejabat TH di Tawau dan Semporna, Sabah juga telah diubah kepada 10 pagi hingga 3 petang bermula hari ini sehingga ke satu tarikh yang akan ditetapkan, bagi mengawal jangkitan Covid-19.

"Pendeposit boleh melakukan transaksi TH mengunakan perkhidmatan dalam talian THiJARI dan rakan strategik TH," menurut TH.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 11:35 AM