HAJIJI NOOR. FOTO BERNAMA
HAJIJI NOOR. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kota Kinabalu: Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Hajiji Noor hari ini dipanggil menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Hajiji tiba di Istana Negeri pada 3.55 petang menaiki kenderaan berwarna hitam.

"Saya dipanggil," katanya menjawab ringkas soalan pemberita mengapa beliau ke istana itu di sini hari ini.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini sebulat suara menamakan Hajiji, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Sulaman, sebagai calon Ketua Menteri Sabah yang baharu.

GRS memperoleh majoriti mudah untuk mengambil alih tampuk pimpinan kerajaan negeri daripada Parti Warisan Sabah (Warisan) pada Pilihan Raya Negeri Sabah ke-16 apabila memperoleh 38 daripada keseluruhan 73 kerusi DUN negeri.

Lagi berita berkaitan PRN Sabah

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 5:07 PM