GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Amir Mamat


Melaka: Seramai 39 kontak rapat membabitkan dua kes baharu yang disahkan positif Covid-19 di Jasin sudah dikenal pasti.

EXCO Kesihatan dan Anti Dadah negeri, Rahmad Mariman berkata, semua mereka kini sedang menjalani kuarantin di rumah sementara menunggu keputusan ujian saringan.

"Bagi kes pertama, seramai 28 kontak rapat dikenal pasti dan diikuti 11 individu kepada kes kedua yang disahkan positif Covid-19.

"Susulan itu Jabatan Kesihatan negeri sudah melakukan proses sanitasi di kediaman pesakit, premis pekerjaan serta lokasi yang terbabit," katanya selepas melakukan lawatan kerja ke Pusat Hemodialisis Komuniti Melaka, di Klinik Kesihatan Cheng, di sini hari ini.

RAHMAD Mariman pada sidang media berkaitan situasi denggi dan Covid 19 di Klinik Kesihatan Cheng, Melaka. FOTO Iqmal Haqim Rosman
RAHMAD Mariman pada sidang media berkaitan situasi denggi dan Covid 19 di Klinik Kesihatan Cheng, Melaka. FOTO Iqmal Haqim Rosman

Sementara itu, mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 10,507 premis diperiksa oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) pada Jun sehingga Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

"Dalam tempoh itu juga sehingga semalam, sejumlah 181 notis amaran dikeluarkan dengan 909 kompaun dikeluarkan pihak JKN," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 September 2020 @ 7:16 PM