TULAR berita palsu di media sosial beberapa pusat beli-belah, premis perniagaan, bank, sekolah dan hospital di sekitar Kuala Lumpur, Selangor serta Nilai dikatakan dikunjungi individu dijangkiti Covid-19. FOTO Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Premis dikunjungi individu positif Covid-19 selamat digunakan selepas proses nyahkuman dilakukan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata, kawasan terbabit akan dilakukan proses pembersihan dan nyahkuman.

"Selepas proses itu selesai, ia selamat untuk dibuka dan diguna semula seperti sediakala.

"Bagaimanapun, prosedur operasi standard (SOP) masih perlu diamalkan seperti biasa," katanya dalam kenyataan di Facebook rasminya, hari ini.

Beliau menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat tidak tepat dan menyemak laman rasmi Majlis Keselamatan Nasional (MKN) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Terdahulu, tular di media sosial beberapa pusat beli-belah, premis perniagaan, bank, sekolah dan hospital di sekitar Kuala Lumpur, Selangor serta Nilai dikatakan dikunjungi individu dijangkiti Covid-19 yang pulang dari Sabah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 2:56 PM