Norzamira Che Noh


Klang: Polis Klang Utara menafikan dakwaan berlaku kemalangan maut susulan besi dari tapak pembinaan Transit Aliran Ringan (LRT) terjatuh berdekatan Klang Parade, hari ini.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata, hasil pemeriksaan pihaknya mendapati insiden berkenaan berlaku di Jakarta, Indonesia.

"Kami menafikan berlaku kemalangan besi terjatuh di sekitar Klang Parade hari ini.

"Selepas disiasat, kami mendapati ia berlaku di Indonesia pada Ahad lalu," katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini.

Terdahulu, video kemalangan berdurasi 29 saat itu tular di Whatsapp dan didakwa berlaku di Klang.

Video berkenaan menunjukkan seorang lelaki terbaring di jalan raya dipercayai maut selepas besi dari atas kawasan pembinaan yang kelihatan seperti LRT jatuh.

RAKAMAN yang tular hari ini. FOTO ihsan polis
RAKAMAN yang tular hari ini. FOTO ihsan polis

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 29 September 2020 @ 7:03 PM