SULAIMAN. FOTO arkib NSTP
SULAIMAN. FOTO arkib NSTP
Amir Mamat


Ayer Keroh: Semua program yang membabitkan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan semua ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri ditangguhkan bermula hari ini.

Dalam kenyataan dikeluarkan Pejabat Ketua Menteri hari ini, penangguhan terbabit berkuat kuasa serta-merta sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Turut ditangguhkan perjumpaan membabitkan Sulaiman di Pejabat Ketua Menteri Melaka di Seri Negeri, di sini.

Orang ramai yang mahu berurusan di Kompleks Seri Negeri atau pejabat kerajaan di seluruh negeri dinasihatkan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan pihak berkuasa bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang dilaporkan kembali meningkat di seluruh negara.

Mengenai gambar yang tular mengenai proses disinfeksi yang dilakukan di Kompleks Seri Negeri, pihak berkenaan menegaskan bahawa ia adalah proses berkala yang sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa sebagai langkah pencegahan bagi membendung penularan Covid-19.

Sehubungan itu, orang ramai di seluruh negeri dinasihatkan tidak panik dengan laporan yang tular di media sosial, sebaliknya terus mematuhi SOP ditetapkan pihak berkuasa sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2020 @ 7:14 PM