PEGAWAI Daerah Rompin, Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek (kanan) dan Md Rosli (tengah) menyampaikan hadiah kepada ahli pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 PPK Rompin di Rompin Beach Resort. FOTO MOHD RAFI MAMAT
PEGAWAI Daerah Rompin, Datuk Ahmad Nasim Mohd Sidek (kanan) dan Md Rosli (tengah) menyampaikan hadiah kepada ahli pada Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 PPK Rompin di Rompin Beach Resort. FOTO MOHD RAFI MAMAT
Mohd Rafi Mamat


Rompin: Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Rompin menyasarkan keuntungan RM300,000 tahun ini hasil projek pertanian, ternakan lembu dan akuakultur.

Pengerusinya, Datuk Md Rosli Ismail berkata, tahun lalu pihaknya hanya meraih pendapatan RM102,000 dan pelbagai usaha dilakukan bagi menambah keuntungan yang diagihkan kepada 5,000 ahli.

Menurutnya, usaha memperkasa jualan input pertanian terutama baja, benih dan racun selain aktiviti jualan buah kelapa sawit akan dilakukan bagi memastikan keuntungan terus bertambah setiap tahun.

"Kerjasama ahli amat diperlukan supaya dapat membeli input pertanian selain menjalankan urusan jualan kelapa sawit dengan PPK Rompin memandangkan keuntungan perniagaan berkenaan akan diagihkan semula kepada ahli.

"Walaupun negara berhadapan wabak Covid-19 yang menyebabkan banyak industri terjejas, sektor pertanian tidak terlalu terkesan dan jualan kelapa sawit berjalan seperti biasa pada setiap bulan," katanya selepas Mesyuarat Agung Tahunan Ke-45 PPK Rompin, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Oktober 2020 @ 8:34 PM