Dua kanak-kanak leka bermain air menggunakan kotak polistirena di depan sebuah rumah yang separuh tenggelam dengan air banjir di Kampung Paka Paka, semalam. FOTO BERNAMA
Dua kanak-kanak leka bermain air menggunakan kotak polistirena di depan sebuah rumah yang separuh tenggelam dengan air banjir di Kampung Paka Paka, semalam. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kota Kinabalu: Seramai 408 mangsa banjir daripada 152 keluarga masih berada di enam pusat pemindahan banjir di dua daerah negeri ini setakat pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menerusi kenyataannya berkata, daripada jumlah itu, seramai 339 daripada 132 keluarga ditempatkan di lima pusat pemindahan di Kota Belud iaitu Dewan Masyarakat Tun Said (131 mangsa), Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Taun Gusi 2 (128), Dewan Kampung Lebak Engad (49), Dewan Muhibbah Tombol (24), dan Sekolah Menengah Agama Tun Said (7).

"Di Tuaran, seramai 69 mangsa daripada 20 keluarga ditempatkan di Dewan Seri Sulaman. Sebanyak dua pusat pemindahan telah ditutup iaitu Dewan Sekolah Kebangsaan Pekan Kota Belud dan Dewan Masyarakat Menggatal, Kota Kinabalu," katanya.

Menurut kenyataan itu, banjir turut melanda Penampang dan Beaufort, namun tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2020 @ 5:39 PM