SYED Razlan (kiri) bersama Naib Canselor UPM Profesor Dr Roslan Sulaiman (kanan) menunjukkan nombor pendaftaran khas UPM.  FOTO Genesv Gulitah
SYED Razlan (kiri) bersama Naib Canselor UPM Profesor Dr Roslan Sulaiman (kanan) menunjukkan nombor pendaftaran khas UPM. FOTO Genesv Gulitah
Mohamad Fais Jusoh


Serdang: Universiti Putra Malaysia (UPM) mensasarkan jualan sebanyak RM14 juta bagi kesemua 9,999 nombor pendaftaran kenderaan siri UPM yang dilancarkan di sini, hari ini.

Pengerusi Lembaga Pengarah UPM Datuk Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail berkata, nombor plat khas itu boleh dibida di laman web putrabida.upm.edu.my bermula 12 tengah hari ini.

"Tiga nombor pendaftaran tertinggi yang menjadi bidaan adalah UPM 1 bernilai RM150,000 serta UPM 2 dan UPM 3, masing-masing bernilai RM 75,000," katanya ketika Majlis Pelancaran Penjualan Nombor Pendaftaran Khas UPM di di sini.

Menurutnya, seribu daripada nombor dijual kepada Persatuan Alumni UPM dan dibahagikan mengikut beberapa kategori, antaranya adalah Bronze, Silver, Gold, Platinum dan Super Platinum.

UPM mendapat kelulusan untuk menjalankan projek Penjualan Nombor Pendaftaran Khas Kenderaan, selaras dengan keputusan mesyuarat Jemaah Menteri pada 30 Mei 2018 yang bersetuju membenarkan Universiti Awam menjana pendapatan.

Projek itu kerjasama antara Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 Oktober 2020 @ 7:24 PM