Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Empat kluster baharu dikenal pasti, hari ini masing-masing satu di Sabah, Negeri Sembilan dan Putrajaya, Perak dan Labuan.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Kluster Olive membabitkan Hulu Langat, Selangor, Kota Marudu dan Penampang di Sabah.

"Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-11489) dikenal pasti di Selangor hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah.

"Mangsa dikesan positif Covid-19 pada 2 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh. Saringan kontak rapat mengenal pasti 16 lagi kes positif wabak ini," katanya dalam sidang media harian Covid-19 secara maya, hari ini.

Katanya, Kluster Bah Pasir pula membabitkan Port Dickson, Negeri Sembilan dan Putrajaya yang mana kes indeks (iaitu kes ke-14329) dikenal pasti hasil saringan pulang dari kawasan berisiko tinggi di Sabah dan positif pada 8 Oktober.

"Pesakit kini dirawat di Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan saringan kontak rapat mengenal pasti empat lagi kes positif," katanya.

FOTO Bernama
FOTO Bernama

Kluster berikutya adalah Kluster Bah Pengkalan, Perak membabitkan daerah Hulu Perak yang mana kes indeks dikesan positif Covid-19 pada 8 Oktober lalu dan dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Menurutnya, saringan kontak rapat kes indeks mendapati lima orang positif.

Sementara, Kluster Saguking di Labuan dikenal pasti menerusi kes indeks (kes ke-15657) hasil saringan kemasukan ke Hospital Labuan pada 11 Oktober lalu dan empat individu positif menerusi saringan kontak rapat, manakala 35 individu masih menunggu keputusan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2020 @ 7:29 PM
    Petugas KKM melakukan saringan besar-besaran Covid-19. FOTO Bernama
    Petugas KKM melakukan saringan besar-besaran Covid-19. FOTO Bernama