Foto hiasan
Foto hiasan
Raja Noraina Raja Rahim

Kuala Lumpur: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman Datuk Zainuddin Yaacob antara 106 kakitangan jabatan itu diarah menjalani kuarantin kendiri.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia berikutan seorang pegawai bank yang hadir dalam mesyuarat di pejabat JSJK disahkan positif Covid-19.

"Mesyuarat itu berlangsung pada 5 Oktober lalu dan pegawai bank terbabit disahkan positif Covid-19 beberapa hari kemudian.

"Justeru kesemua mereka diarah kuarantin kendiri selama 14 hari," katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, mereka yang menjalani kuarantin itu membabitkan 70 pegawai, 19 anggota dan 17 kakitangan awam.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 15 Oktober 2020 @ 11:21 PM