GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Baharom Bakar

Kuala Terengganu: Kes positif Covid-19 di Terengganu meningkatkan kepada 160, selepas tiga lagi kes baharu dilaporkan semalam, menjadikan 22 kes aktif.

Pengarah Jabatan Kesihatan negeri, Dr Nor Azimi Yunus berkata, tiga kes positif baharu dilaporkan semalam adalah di Kuala Abang, Dungun.

Beliau berkata, kes positif Covid-19 terakhir dilaporkan di Terengganu adalah pada Ahad lalu.

"Seramai 160 individu dalam perhatian dan mereka menjalani proses kuarantin di empat pusat kuarantin di Kemaman, Besut, Marang dan Kuala Nerus.

"Seramai 22 individu kini sedang menjalani rawatan di hospital manakala kes sembuh sebanyak enam kes," katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Sehubungan itu, Dr Nor Azimi menggesa orang ramai sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk mengamalkan penjarakan fizikal, memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam dan elakkan berada di kawasan sesak.

Katanya, orang ramai dinasihat mengelak daripada berada di kawasan sempit dan elakkan bertutur atau bersembang dengan jarak dekat.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 11:06 AM