Pelbagai ilmu dan tips dikongsi oleh chef terkenal. - FOTO MAGGI Malaysia
Pelbagai ilmu dan tips dikongsi oleh chef terkenal. - FOTO MAGGI Malaysia
Nurmastura Zulkafli

MAGGI sentiasa mahu wanita menjadi lebih berani, melangkah keluar dari zon selesa untuk mencuba perkara baharu dan sentiasa yakin diri. 

Ini kerana perubahan positif bukan saja memberi impak kepada kehidupan dan insan tersayang tetapi juga seluruh masyarakat.

Justeru, MAGGI menganjurkan Program Mentor Wanita Cukup Berani untuk menggalakkan wanita supaya sentiasa maju ke hadapan. 

Dengan kerjasama Women Will oleh Google, program itu juga memberi inspirasi, sokongan dan panduan kepada wanita di seluruh Malaysia untuk meningkatkan keyakinan diri dan kemahiran dalam keusahawanan, mencapai impian serta mempelajari kemahiran memasak yang baru.

Program Mentor Wanita Cukup Berani memberi sokongan kepada wanita di seluruh Malaysia melalui dua siri bengkel dalam talian dan bengkel seterusnya pada 20 hingga 22 Oktober ini.

Bangkel berkenaan memberi tumpuan kepada pembinaan keyakinan diri, memperbaiki kemahiran perniagaan melalui peningkatan kemahiran digital dan sudah tentunya menambah baik kemahiran memasak mereka bersama Chef MAGGI. 

Sepanjang bengkel tiga hari ini, peserta akan mempelajari kemahiran baharu yang akan meningkatkan lagi pengetahuan dan keyakinan mereka.

Menariknya, 20 peserta bengkel terbabit akan menjalani beberapa siri temu bual dan penilaian untuk mara ke pusingan akhir.

Tiga peserta yang terpilih akan dibimbing oleh mentor Datin Paduka Eina Azman, Sheila Rusly dan Anne Idris dalam Program Mentor Wanita Cukup Berani yang mampu mengubah hidup mereka serta membimbing mereka.

Datin Paduka Eina Azman, Duta MAGGI CukupRasa. - FOTO MAGGI Malaysia

Duta MAGGI CukupRasa, pelakon, usahawan dan penggemar makanan Datin Paduka Eina Azman berkata, wanita perlu mempunyai keyakinan diri supaya dapat melakukan sesuatu dan berusaha untuk berjaya.

Justeru, katanya dia ingin memberi inspirasi dan membuktikan bahawa dengan berani mencuba, kejayaan boleh dikecapi.

"Memasak bukan sesuatu yang sukar. Saya sendiri memasak tanpa mengikut sukatan dan apa yang penting masakan itu kena dengan cita rasa suami dan keluarga.

"Jadi, jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru kerana jika tidak mencuba, kita tidak tahu hasilnya," katanya.

Berkongsi pengalaman belajar memasak, Eina berkata selain sering dimarahi kerana dapur bersepah setiap kali ke dapur dan masakannya juga tidak semua yang menjadi dengan hanya sekali percubaan. 

Katanya, dalam memasak, kita tidak boleh berputus asa dan terus mencuba sehingga berjaya.

"Setiap kali masakan yang dimasak tidak menjadi, saya tidak putus asa kerana dari situlah kita tahu kelemahan diri dan apa yang perlu diperbaiki.

"Kita juga mesti mencuba dan jangan takut gagal. Kita tidak akan berjaya jika kita berputus asa dengan senang," katanya yang belajar memasak dari ibu dan neneknya.

Bagi wanita yang ingin memulakan perniagaan termasuklah perniagaan dari rumah nasihat Eina, jangan takut mencuba sesuatu yang baru.

"Kita juga perlu berani mengambil risiko dan menghadapi cabaran untuk memperolehi kejayaan," kata Eina, yang memulakan perniagaannya secara spontan.

Sepanjang tiga hari bengkel dalam talian itu, peserta mempelajari kemahiran baharu yang akan meningkatkan pengetahuan, keyakinan diri dan memperoleh ketrampilan dalam perniagaan.

Selain dapat membina kesedaran dan keyakinan diri, cara memulakan dan memperluaskan perniagaan serta pengurusan kewangan yang lebih efektif turut diberi pendedahan.

Abdul Muluk Rambli (Chef Muluk), Chef Eksekutif MAGGI. - FOTO MAGGI Malaysia

Chef Eksekutif MAGGI, Abdul Muluk Rambli atau Chef Muluk berkata, dalam bengkel ini dia akan berkongsi pelbagai ilmu dan tips termasuklah menyediakan hidangan nutrisi lengkap, memasak dalam kuantiti besar serta keselamatan dan kebersihan makanan.

Katanya, semua itu penting bagi wanita dan peserta yang ingin menjadi pengendali makanan atau berniaga makanan dari rumah.

"Sebagai pengendali makanan, faktor keselamatan dan kebersihan sangat penting. Ia merangkumi proses sebelum, semasa dan selepas memasak.

"Pemilihan bahan mentah yang betul, perkakasan memasak serta menyimpan masakan serta persekitaran memasak juga perlu dititikberatkan," katanya.

Selain itu, kata Chef Muluk, dia juga akan berkongsi tip bagaimana untuk menyediakan masakan dalam kuantiti yang banyak sekali gus memberi keuntungan dalam perniagaan dalam bengkel itu nanti.

"Menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak tidak semudah disangka kerana kita perlu melihat dari pelbagai aspek termasuk cara pemilihan dan penyediaan bahan mentah, cara memasak dan banyak lagi.

"Jadi, dalam bengkel itu nanti, saya juga akan berkongsi bagaimana menyediakan bahan makanan sebelum memasak yang boleh memudahkan proses memasak selain memberi keuntungan.

"Sesiapa saja boleh masak tetapi dengan teknik yang betul, ia pastinya akan memberikan keuntungan. Bagaimanapun, apa yang paling penting, kualiti dan rasa makanan itu harus di jaga sebaiknya," katanya.

Resipi Umai Ikan Senangin

Bahan-bahan masakan. - FOTO MAGGI Malaysia

Bahan A

500 gram Isi ikan senangin, buang tulang, kulit dan di hiris nipis

2 sudu makan MAGGI CukupRasa

100 ml perahan limau kasturi

2 biji kulit limau nipis, dihiris nipis

10 biji bawang merah, hiris nipis

20 gm halia muda, dimayang halus

20 gm cili merah dibuang biji,  hiris nipis

2 biji tomato, dibuang biji, dihiris nipis

50 gm sayur lobak masin, di hiris nipis

1 sudu makan daun ketumbar, dihiris nipis

Cara Penyediaan

1.Gaul isi ikan bersama kesemua bahan A

2.Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit

3.Hidangkan sejuk 

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 11:25 AM