Pasukan kejuruteraan JKR Sarawak dan konsultan melakukan siasatan dan pemeriksaan pada bahagian jejambat BDC yang kelihatan merekah dan tular di media sosial. FOTO Melvin Joni
Pasukan kejuruteraan JKR Sarawak dan konsultan melakukan siasatan dan pemeriksaan pada bahagian jejambat BDC yang kelihatan merekah dan tular di media sosial. FOTO Melvin Joni
Melvin Joni


Kuching: Tiada rekahan berlaku pada jejambat BDC di sini seperti yang ditularkan di media sosial, semalam.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jejambat berkenaan adalah selamat.

Menurutnya ia disahkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dan konsultan, Jurutera Jasa selepas membuat siasatan dan pemeriksaan hari ini.

"Ada garis diagonal konkrit bertindih dalam kumpulan berbeza.

"Namun apa yang penting ialah tiada rekahan," katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Justeru, katanya jejambat yang siap dibina pada 2010 ini adalah selamat seperti yang dimaklumkan oleh konsultan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 4:36 PM