GAMBAR hiasan.
GAMBAR hiasan.
Abdul Rahemang Taiming

Tawau: Alliance Bank Malaysia Berhad (Alliance Bank) cawangan Tawau ditutup susulan dua kakitangannya disahkan positif Covid-19.

Menerusi kenyataan rasmi di Facebook, Alliance Bank memaklumkan kedua-dua kakitangannya itu kini sedang menjalani rawatan di hospital kerajaan.

"Cawangan bank telah ditutup pada 16 Oktober dan semua kakitangan sudah menjalani ujian saringan Covid-19.

"Salah seorang pengawal keselamatan kami disahkan positif Covid-19. Susulan itu seluruh kawasan bank juga sudah dibersihkan dan dinyahkuman," katanya.

Kenyataan itu turut memaklumkan cawangan bank berkenaan akan ditutup sementara waktu sehingga dimaklumkan kelak.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 18 Oktober 2020 @ 10:17 PM