Sekolah Menengah Kebangsaan Baling  diarahkan ditutup oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bermula pada hari ini hingga 26 Oktober ini bagi membendung penularan wabak COVID-19. FOTO AMRAN HAMID
Sekolah Menengah Kebangsaan Baling diarahkan ditutup oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah bermula pada hari ini hingga 26 Oktober ini bagi membendung penularan wabak COVID-19. FOTO AMRAN HAMID
Safuri Kamaruddin

Baling: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling meneruskan sesi pembelajaran secara dalam talian selepas sekolah itu ditutup buat kali kedua bermula hari ini hingga 26 Oktober.

Penutupan itu susulan penularan Covid-19 dalam kalangan warganya, menurut pekeliling Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah.

Sebelum ini, sekolah itu ditutup pada 11 Oktober hingga 17 Oktober lalu berikutan wabak sama.

Berikutan itu semua guru, pelajar dan kakitangan sekolah diminta menjalani proses kuarantin di rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan pihak berkuasa.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 2:16 PM