GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
BERNAMA

Nibong Tebal: Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Sentosa di Jalan Victoria di sini, ditutup seminggu bermula hari ini selepas seorang murid di situ disahkan positif Covid-19.

Pengarah Pendidikan Pulau Pinang, Abdul Rashid Abdul Samad berkata, sekolah itu akan dicuci dan disanitasi sepanjang tempoh berkenaan.

"Ya betul, SK Seri Sentosa ditutup bermula hari ini hingga 26 Oktober nanti selepas terdapat seorang murid positif Covid-19.

"Pihak pengurusan sekolah akan memastikan semua guru mengajar dari rumah melalui dalam talian sepanjang tempoh berkenaan," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Pada 1 Oktober lalu, SK Permatang Janggus ditutup selama lapan hari selepas seorang guru wanita di situ disahkan positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 7:13 PM