KEADAAN sebuah dapur melebur besi yang mengalami kebakaran hingga menyebabkan enam pekerja kilang cedera ringan dalam kejadian di sebuah kilang besi dekat Perai petang tadi. FOTO IHSAN JBPM
KEADAAN sebuah dapur melebur besi yang mengalami kebakaran hingga menyebabkan enam pekerja kilang cedera ringan dalam kejadian di sebuah kilang besi dekat Perai petang tadi. FOTO IHSAN JBPM
Nur Izzati Mohamad


Butterworth: Enam pekerja cedera selepas relau melebur besi di sebuah kilang di Prai, meletup dan terbakar, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.28 petang dan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Prai bergegas ke lokasi.

Ketika anggota tiba diketuai Pegawai Operasi Azrul Khairi Abu Bakar, didapati berlaku kebakaran relau dalam bangunan berstruktur besi tiga tingkat.

"Peratusan kebakaran dianggarkan 30 peratus , manakala enam pekerja berusia 40-an cedera ketika memadam kebakaran," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Pekerja itu sudah dihantar ke hospital oleh pengurusan kilang.

Anggota kemudian melakukan penyejukan bahan cecair yang masih dalam relau itu.

Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 20 Oktober 2020 @ 8:28 PM