Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh pada 2018. FOTO arkib NSTP
Hospital Medan Malaysia di Cox’s Bazar, Bangladesh pada 2018. FOTO arkib NSTP
Nurul Hidayah Bahaudin


Kuala Lumpur: Kerajaan memutuskan operasi Hospital Medan Malaysia (HMM) di Cox's Bazar, Bangladesh ditamatkan lebih awal iaitu pada tahun ini berbanding mandat operasi sehingga Disember 2021.

Kementerian Pertahanan, dalam kenyataan, hari ini, memaklumkan penubuhan HMM sudah berjaya mencapai objektifnya dan penarikan keluar itu tidak memberi kesan kepada hubungan dua hala antara Malaysia dan Bangladesh serta terhadap imej negara.

"Kepulangan petugas perubatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ke tanah air membolehkan pengoperasian penuh Hospital Angkatan Tentera (HAT) di seluruh negara.

"Pada masa sama, mereka dapat diatur gerak dalam negara sebagai sebahagian daripada usaha keseluruhan kerajaan untuk menangani penularan pandemik Covid-19 yang ketika ini sedang menunjukkan trend peningkatan semula," katanya.

Katanya, kerajaan menubuhkan HMM di Cox's Bazar, Bangladesh pada November 2017 bagi tujuan misi bantuan kemanusiaan kepada pelarian Rohingya yang melarikan diri ke Bangladesh ekoran konflik di Rakhine, Myanmar.

"Misi ini adalah pelan jangka pendek untuk membantu meringankan beban dan menstabilkan keadaan dalam kem pelarian terutamanya berkaitan aspek kesihatan dalam kalangan pelarian Rohingya," katanya.

Menurutnya, operasi HMM dilaksanakan secara penggiliran dengan kekuatan 56 petugas bagi setiap pasukan terdiri daripada 20 pegawai ATM termasuk lapan pakar perubatan, 30 anggota lain-lain pangkat Kor Kesihatan DiRaja (KKD) serta enam jururawat awam.

"Sehingga Mac lalu, ATM menghantar lima pasukan perubatan ke HMM dan ia menjadi tumpuan pelarian Rohingya untuk mendapatkan rawatan walaupun terletak di luar kawasan kem pelarian kerana HMM adalah satu-satunya hospital medan yang menyediakan perkhidmatan Tahap 3 pada ketika itu.

"Antara perkhidmatan yang disediakan adalah pembedahan am, ortopedik, obstetrik dan ginekologi, bius, x-ray dan rawatan utama lain seperti kesihatan keluarga, kecemasan, pergigian, radiologi serta makmal," katanya.

Kenyataan itu memaklumkan sepanjang tempoh operasi HMM, petugas perubatan terdedah kepada risiko kesihatan dan keselamatan seperti penularan wabak Covid-19 dan ancaman penyakit berjangkit lain seperti hepatitis, malaria dan batuk kering serta peningkatan kes jenayah dalam kalangan penduduk tempatan dan pelarian Rohingya.

"Kesungguhan kerajaan dan komitmen tinggi pasukan petugas perubatan di HMM membolehkannya mendapat pengiktirafan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai Hospital Medan Tahap 3 terbaik, terlengkap serta paling dipercayai dan seterusnya menjadi hospital rujukan di daerah berkenaan.

"Tahap perkhidmatan perubatan dan kesihatan baik mendorong ramai pelarian Rohingya dan penduduk tempatan Bangladesh mendapatkan rawatan di HMM," katanya.

Katanya, sepanjang tempoh operasi dari November 2017 hingga Mac lalu, jumlah keseluruhan kehadiran pesakit ke HMM adalah 108,038 orang.

"Petugas HMM juga sudah melaksanakan lebih daripada 3,500 pembedahan termasuk lebih 900 pembedahan berisiko tinggi. Jumlah kehadiran pesakit pernah mencapai sehingga 8,763 orang sebulan iaitu jumlah bulanan tertinggi pada November 2018.

"Namun, jumlah kehadiran pesakit bulanan!menunjukkan trend penurunan pada Februari lalu apabila hanya seramai 1,690 orang sahaja mendapatkan rawatan di HMM.

"Trend penurunan bilangan kes dan kehadiran pesakit ini adalah berikutan keadaan di kawasan kem pelarian semakin stabil serta tahap kesihatan pelarian Rohingya semakin baik berikutan penyakit kronik diberikan rawatan sewajarnya dan banyak prosedur pembedahan berjaya dilaksanakan," katanya.

Menurutnya, terdapat juga penambahan enam hospital medan di dalam kawasan kem pelarian kendalian kerajaan Turki dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) antarabangsa lain seperti Mèdecins Sans

Frontiéres (MSF), HOPE Foundation, MSF Spain, Bangladesh Red Crescent Society dan Friendship.

"Pertambahan bilangan hospital medan ini memberi lebih banyak pilihan dan akses

From: No'Rule

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 1:06 PM