Penghuni Blok B Flat Pelangi Damansara, Petaling Jaya, menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini, susulan peningkatan kes positif di kawasan itu. FOTO IHSAN FB IPD PETALING JAYA
Penghuni Blok B Flat Pelangi Damansara, Petaling Jaya, menjalani ujian saringan Covid-19 hari ini, susulan peningkatan kes positif di kawasan itu. FOTO IHSAN FB IPD PETALING JAYA
Raja Noraina Raja Rahim

Petaling Jaya: Penghuni Blok B Flat Pelangi Damansara di sini, diarah menjalani ujian saringan Covid-19 berikutan peningkatan kes positif di kawasan itu.

Ujian saringan bersasar oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu bermula jam 6.30 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, sepasukan polis ditempatkan di bangunan berkenaan bagi membantu pihak KKM.

"Ia bagi memastikan proses ujian saringan itu berjalan lancar.

"Setakat tengah hari ini KKM masih melakukan saringan dan dijangka berakhir petang ini," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, jumlah keseluruhan penghuni yang terbabit ujian itu belum dapat dipastikan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 2:10 PM