SK Tunku Putera ditutup berikutan penularan Covid-19. FOTO Safuri Kamaruddin
SK Tunku Putera ditutup berikutan penularan Covid-19. FOTO Safuri Kamaruddin
Safuri Kamaruddin

Baling: Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera di sini, ditutup mulai esok sehingga 28 Oktober ini berikutan penularan pandemik Covid-19 yang dilapor berlaku dalam kalangan warganya.

Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah dalam satu pekeliling hari ini, memaklumkan semua murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana dikehendaki menjalani proses kuarantin rumah mengikut prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan pihak berkuasa.

"Guru dan anggota kumpulan pelaksana dibenarkan berkerja dari rumah, proses pembelajaran serta pemudahcaraan dilaksana secara dalam talian," katanya.

Semalam, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baling ditutup kali kedua berikutan penularan pandemik itu.

Sementara itu, tinjauan di SK Tunku Putera mendapati pagar utamanya ditutup rapat dan tiada pelajar serta guru dibenarkan masuk ke kawasan sekolah berkenaan petang hari ini.

Difahamkan, tindakan itu dibuat selepas seorang guru sekolah itu dikesan menjadi kontak rapat dengan individu positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 6:55 PM