Raja Noraina Raja Rahim dan Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenal pasti lapan kluster baharu bagi kes positif Covid-19, hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster itu ialah Basung dan Inai di Kudat, Sabah, Tempayan (Kota Kinabalu dan Penampang, Sabah), Long (Hulu Langat, Selangor, Titiwangsa, Lembah Pantai dan Kepong, Kuala Lumpur) dan Kluster Cahaya (Petaling, Selangor dan Tampin, Negeri Sembilan).

Katanya, selain itu kluster baharu lain adalah Kluster Bah Kota di Sepang, Selangor dan Seremban, Negeri Sembilan; Melati (Titiwangsa, Kuala Lumpur dan Klang, Selangor) dan Bina Labuan di Wilayah Persekutuan Labuan.

SEBAHAGIAN penduduk Taman Mawar membuat saringan Covid-19 di perkarangan Masjid Taman Mawar, Sandakan. FOTO BERNAMA
SEBAHAGIAN penduduk Taman Mawar membuat saringan Covid-19 di perkarangan Masjid Taman Mawar, Sandakan. FOTO BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 7:21 PM