GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Rafiqah Dahali

Papar: Public Bank Berhad mengesahkan seorang kakitangannya di cawangan Papar positif Covid-19, hari ini.

Dalam satu kenyataan, bank itu memaklumkan kakitangan terbabit dilaporkan tidak datang bekerja sejak 9 Oktober lalu.

"Cawangan yang terjejas itu ditutup sementara bermula hari ini.

"Pembersihan dan sanitasi dilakukan selaras dengan panduan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Sebagai langkah pencegahan tambahan, pekerja lain yang menjadi kontak rapat dengan pekerja terbabit menjalani kuarantin kendiri di rumah," katanya.

Menurutnya, pihak bank sudah mengambil semua langkah pencegahan dalam usaha memastikan kesihatan dan keselamatan pelanggan, pekerja serta komuniti terjamin.

"Pihak bank juga menggalakkan pelanggan melakukan transaksi perbankan menerusi laman sesawang atau memuat turun aplikasi perbankan di telefon pintar," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 21 Oktober 2020 @ 11:31 PM