GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Osman Mamat berkata, mayat dipercayai wanita itu ditemukan seorang lelaki ketika berada di kawasan kuil berkenaan.

"Siasatan awal dari pihak D10 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Perak masih lagi dijalankan bagi mengenal pasti identiti dan punca kejadian.

"Orang ramai mempunyai sebarang maklumat atau ada kehilangan ahli keluarga, diminta tampil berhubung dengan pihak polis dengan segera," katanya ketika dihubungi media.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Oktober 2020 @ 11:53 AM